FAQ mengenai Chamchimayo Muslim Tour1) Kenapa Chamchimayo Muslim Tour??Kerana kami akan menyediakan segala keperluan anda di sini!! Tempat penginapan yang selesa di tengah bandaraya Seoul, makanan yang dijamin halal, tour guide yang fasih berbahasa korea, pergerakan di darat(ground arrangement) yang pengangkutannya telah disusun rapi, dan cadangan ke tempat-tempat yang wajib dikunjungi!! Semua ini juga ditawarkan dengan pakej harga yang berpatutan, sangat sesuai bagi mereka yang memerlukan percutian bajet di Korea ini.
2) Siapakah Chamchimayo Muslim Tour??Kami terdiri daripada pelajar-pelajar dan penduduk Malaysia yang menetap di Korea Selatan. Oleh itu, kami lebih arif mengenai selok belok di korea, penguasaan bahasa, tips-tips atau panduan bagi menikmati percutian anda di sini!! So anda hanya perlu enjoy percutian anda disini.
3) Kalau beli pakej, nanti ade caj tersembunyi tak??Untuk pengetahuan anda, anda hanya perlu datang bawa duit untuk shopping je..Lain kami dah selesaikan..^^
4) Apa lagi yang korang bole offer selain daripada atas ni??Kami ada menyediakan sistem add on. Sistem ini bertujuan untuk member peluang kepada anda untuk memilih destinasi kunjungan atau aktiviti anda sendiri dan menggantikanya ke dalam salah satu tentatif yang telah disediakan dalam pakej. Tiada caj tambahan dikenakan. Akan tetapi, jika anda memilih destinasi atau aktiviti yang mempunyai caj kemasukan(entrance fee), kami tidak akan menampung caj kemasukan itu. Oleh itu, pihak anda perlulah membayar sendiri untuk caj tersebut.
Berikut adalah cadangan destinasi lain di Seoul yang boleh anda gantikan ke dalam tentatif anda:
- K-Pop Day(SM Building, K-Star Road and etc), Seoul City Bus Tour, Lotte World, Everland, Hello Kitty Cafe, Cat Cafe, Trick Eye Museum, Teddy Bear Museum, Alive Museum, Hangang Cruise, Banpo Bridge, Kimchi Making Session, Hanbok Wearing Session, Aquariam visit, Ski time, Ice Museum, Nanta Show, Jump Show, Cabel Car dan sebagainya!!!!
5) Kalau ada tentatif sendiri, Chamchimayo boleh uruskan x??Kami dengan berbesar hati akan menyediakan pakej istimewa untuk anda semua!! Anda hanya perlu sediakan tentatif seperti yang anda mahukan dan kami akan uruskan semuanya menurut kehendak pihak anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menhantarkan mesej ke page ini atau anda juga boleh menghantarkan email anda ke chamchimayotour@gmail.com.
6) Bagaimana pergerakan dari destinasi ke destinasi di Seoul??Dari airport ke guesthouse dan sebaliknya, kami akan menyediakan Airport Limousine bagi memastikan anda selasa ketika seawalnya sampai dan pulang ke tanah air. Bagi pergerakan dari destinasi ke destinasi, kami menggunakan public transport. Seperti yang kite semua sedia maklum, public transport di Korea merupakan antara public transport yang paling efektif pada zaman ini. Penduduk Korea sendiri yang terdiri daripada semua lapisan umur dan pekerjaan juga lebih gemar menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian mereka kerana ia lebih menjimatkan masa dan efficient. Dengan kemudahan seperti subway, bukan sahaja ia sangat menepati masa, ia juga mampu memberi akses kepada setiap tempat di Seoul. Bila lagi anda nak merasa hidup seperti orang Korea seharian? Ini pasti menjadi pengalaman yang menarik bagi anda!!
7) Kalau saya ada soalan lain yang x de dekat sini mcm mane??Itu senang saje..anda boleh menanyakan soalan anda dengan menghantar mesej ke page ini secara direct atau anda bole juga menghantar email ke
chamchimayotour@gmail.com
Harap ruangan ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran anda semua. Jika ada ape-ape masalah, jangan segan silu untuk menhubungi kami.Insya Allah, kami akan cuba membantu. Kepuasan anda, keutamaan kami!!^^